Tuesday, May 12, 2009

SAYAP


Kata Ibu,
“Simpankan sayapmu, Deria. Nanti gusar mereka melihatnya.”
Kataku,
“Baiklah, jika itu mahu ibu, Deria faham.”
Kata Ayah,
“Simpankan riakmu, Deria. Itu adalah pemusnahmu”
Kata Adik,
“Bukankah, kita dijadikan untuk melindungi.”
Kata Ibu,
“Lindungilah dengan Jiwa dan Kasih, wahai anakku.”
Dan aku pun menyimpannya, kerana faham manusia perlu menafsir dengan pemikiran. Pemikiran itu sayap manusia. Aku faham.

-------------------------------------------
Deria
Anjung Awan sebelum turun
10th May 2009 (Tarikh Bumi Malaysia)

2 comments:

alhariesz said...

tapi agak sayang kan bila sayap itu disimpan...

terbang terlalu tinggi, jika jatuh sakit padahnya...

tapi jika terbang tanpa sayap...tak kemana....'statik' semata-mata...

segala sesuatu yang baik itu dicipta kan ada hikmahnya...

DERIA said...

alha; =). Aku simpan sayap ni sb tak bagi org terkezut...hehe. Salam perkenalan.