Thursday, May 28, 2009

TITIK

Titik..... meniti titi....meniti titik..
aku meniti titik..titip..titik ini...antara titik
bak kata; dari titik ke titik ku tarik satu garis...satu garis hitam
dari kembara malam (Latiff M.)
--------------
Deria dalam garis
atas kanvas

Tuesday, May 26, 2009

Pintu

Di antara pintu pintu
yang kulalui.. ada pintunya indah terbuka

ada pintunya, roboh berkecai di muka

pintu ini walaupun terawangan
aku tahu ianya bukan hak aku
untuk ku buka... tidak untuk aku, rasanya tidak.

namun cukup, hanya di alam maya ini
aku dapat ku tatap dirinya.. bukan sebagai pencinta atau peminat
tetapi sebagai aku yang pernah mengenalinya.... dahulu
ya, seketika cuma.... tapi pernah ku kenali

aku tahu dia tahu
aku tak tahu dia tahu atau tidak
aku tidak akan mempertikaikan dia tahu atau tidak
aku tak kisah apa pun apa saja dia tahu
aku akan buat tak tahu
biar aku saja tahu..

aku redha... walau sekuat mana sekali pun berontak jiwa ini...
aku redha... egonya seorang adam seperti aku...
aku redha... walau dia ada yang lain...walau..

setiap kali aku ingin melihat dirinya, aku akan menjenguk pintu maya ini.

-----------------
Deria Nostalgia
Deria yg tak kisah dia tahu atau tidak

- alam maya komputer -
- layan Samsons (Tak Bisa Memiliki) -

p/s.. aku masih ingat semasa menghantarnya pulang dahulu, lagu Sheila on 7 (Betapa) berkumandang di corong radio kerata aku.

Sunday, May 24, 2009

Singgah



Tiba tiba aku singgah di satu sudut,
aku lihat seorang ibu berbicara dengan anaknya..

Ibu kelihatan marah
anak tenang tanpa berontak,
anak tersenyum, ibu memeluk erat

Bagai kuku dan isi
kasih ibu pada anak tak kan hilang..

Aku gembira, bahagia
melihat nilai kekeluargaan
masih dipegang erat.. Syukur.

-------------------------
Deria dalam senyum
singgah setelah penat terbang


Tuesday, May 19, 2009

Deria Pilu

setiapkali lagu ini didendangkan;-



Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku


(Samsons)

-----------------------
aku terkenang seseorang itu...

deria dlm pilu

Saturday, May 16, 2009

WOLVERINE (ORIGIN) : antara MALAIKAT dan SYAITAN



Bukan salah kau dilahirkan begitu
kau terperangkap antara dunia malaikat dan syaitan

Rakusnya, pertahanan dijadikan alasan
lantas kau menjadi bahan kajian
hingga meletakkan kau bukan manusia tetapi senjata

Dalam lubuk jiwamu, kau masih punyai ikatan kasih
antara seorang adik dan abang
antara seorang pencinta dan lelaki bertanggungjawap

Akhirnya,
kau masih terpingga pingga mencari dirimu
Xavier mungkin belum tepat tempatmu
Mutasi ini adalah simbolika yang harus manusia fahami.

-------------------
Deria

selepas tonton
X-MEN ORIGINS/ WOLVERINE

Tuesday, May 12, 2009

SAYAP


Kata Ibu,
“Simpankan sayapmu, Deria. Nanti gusar mereka melihatnya.”
Kataku,
“Baiklah, jika itu mahu ibu, Deria faham.”
Kata Ayah,
“Simpankan riakmu, Deria. Itu adalah pemusnahmu”
Kata Adik,
“Bukankah, kita dijadikan untuk melindungi.”
Kata Ibu,
“Lindungilah dengan Jiwa dan Kasih, wahai anakku.”
Dan aku pun menyimpannya, kerana faham manusia perlu menafsir dengan pemikiran. Pemikiran itu sayap manusia. Aku faham.

-------------------------------------------
Deria
Anjung Awan sebelum turun
10th May 2009 (Tarikh Bumi Malaysia)

Anak

Hadirmu umpama zarah bersih
tanpa cemar, tanpa hingar,
dunia ini penuh artifisialiti
melarik guris subjektiviti ,
mengergah gemerih mentaliti,
Kita tarik noktah ini
satu persatu, mengenali roh dan jiwa
melewati tinta humaniti

Anak,
bersihlah jiwamu, jernihlah hibamu,
Senyumlah dari jujurmu

--------------------------------------------------
Deria
Atas Langit Hotel: 9.15 pm
May 12, 2009

Monday, May 11, 2009

Namaku Deria

Aku melihat dengan hati. Aku menafsir humaniti. Aku ada di mana mana. Aku simpan sayapku bersama kita. Nyata atau tidak, aku ada.

Rasa lega, dilahirkan pada hari ini. Mula dapat melihat alam-maya. Aku suka kampung halaman, melihat atuk, nenek dan keluarga lain berjiran, damai. Ada masanya aku perlu nivarna semula dalam alam-maya ini. Sekarang aku lahir, melihat, merasa, membaca dengan deriaku. Namaku deria. Namaku Deria. Namaku DERIA. Sambutlah kelahiran aku dengan senyuman kalian.


about Deria:-

DOB = 1982
RE-Birth = 1999
Cyber Re-Birth = 11th May 2009
POB = MELAKA & PERAK
GENDER = LELAKI
JOB = Sosio Observer
EDUCATION = (1)Bach. of ............ (2004) Utara Tanahair
(2)Master. of ........... (2008 - ....) Tengah Kota