Monday, November 15, 2010

Belon

Ada belon
bila terbang
melayang
tanpa
henti

singgah
dia pulang
sarung
jari
dengan
tali

aku sayu
mungkin
tidak
rasa
resah
tidak
salah
itu biasa
tanpa
ada

helah
lelah
bukan salah

sayang
aku
pasrah

bukan makna
aku
tak
kisah

bukan maksud aku
sisih kamu
walau
ada

maaf

selamat
terbang
belon

bila pulang nanti
kita ada tembok
itu lupa jangan

walau
sayang
ada



..........................
deria atas angin


Wednesday, February 17, 2010

City of Angels, filem kegemaran aku




Bila pilu terpercik pada dada, sebak aku tahan bagai wira, mau saja meraung sedih, aku sabar, tahan; aku capai DVD itu, menonton filem ini berulang kali


- deria pilu -
atas bumi, dicelah awan

Tuesday, January 5, 2010

Tujuh Malam

Tujuh Malam,
aku merenung mereka gelisah
pasrah pada hukum manusia .
- Alam
tidak pernah berdosa
alam hanya akur atas perbuatan kita.
Tujuh Malam
aku memikir nasib mereka
serah pada hukum Pencipta .
- Pencipta
tidak pernah marah
andai manusia akur pada perintah-Nya.
Tujuh Malam
aku mencari makna
tersungkur dalam kabut salju
hingga seluruh tubuh bersatu dengan lara.
Tujuh Malam
aku sendiri tanpa sesiapa
sepi tanpa berita
hanya yang ada
adalah
yg Esa,
Tujuh Malam
besar maknanya,
Lagi BESAR NAMA PENCIPTA,
dan
Tika pada
Tujuh Malam itu,
Ku kenali kesemua namaMU
NamaMu bukan satu.. Ya Allah
DiriMu adalah satu..YaRabbi
SifatMu bersatu..Ya Tuhan
Yang SATU TuhanKu
diriMu sahaja
wujudMu
itu
-
Deria
Oktober - November 2009?????
-------
--------

Deria di ngeri asing
atas bumi

Saturday, January 2, 2010

2010

Just a LOG

- Kembali di Tanah Kuning Langsat -

- Hampir 3 bulan lebih jadi bangsat -

sayap disimpan kembali

rahsia disimpan ketepi

................

10th January, back in the 'fridge'

apa aku nak tulis lagi dalam blog?

puisi apa lagi?


--------------------
deria atas bumi
konfius

Wednesday, August 19, 2009

KERJA BARU

awalnya aku bangun

AMPANG, tunggu aku

aku Gampang ke Ampang

aku benci bertali leher ini

_________________
Deria catatan
atas realiti

Tuesday, August 4, 2009

No More?

Bila VIRUS ini wujud merata dunia
aku mula berfikir

tak ada kerja yang boleh dibuat di sini?,

aku pun mula takut terbang
...... sigh..

tiba masanya, stay.

------------
Deria Confuse

Tuesday, July 28, 2009

Baru Pulang, aku terdiam...

Setelah flight sampai.. aku terus jadi serious...
hilang bahasa berbungaku..

"What, Yasmin Ahmad died?" terpingga pemikiranku,
termanggu di tengah2 terminal sambil baca berita tu..
aku terdiam.. masih terdiam..
terpampang berita pemergiannya.. Innalillah..







harapanku:
Pengarah wanita (dan lelaki)
jadi macam Yasmin
dan jangan buat filem
cinta yang tak selamat....
alang2 nak buat cerita cinta
buat macam Yasmin
-------------------
jgn bimbang, White Angel will come,
bergantung pada amalan.. fly, girl, fly
--------------------------
deria berkabung
di atas bumi